Wednesday, May 21, 2008

ALUAN PRESIDEN KSRC





Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Sukan dan Rekreasi Canselori atau ringkasnya blog KSRC. Dengan penubuhan KSRC, Kelab akan terus mengorak langkah seiring dengan kelab-kelab lain dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelbagai usaha dijalankan selaras dengan matlamat meningkatkan tahap kecemerlangan kakitangan Universiti serta melahirkan lebih ramai atlit yang berkemahiran dalam pelbagai jenis sukan dengan membangunkan laman web sebagai tempat rujukan ahli-ahli Kelab.

Umum mengetahui fungsi utama laman web sebagai media perantaraan dan alat komunikasi dua hala bagi penyebaran maklumat yang lebih mudah dan pantas. Maka dengan tujuan yang sama, KSRC mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web bagi memperkenalkan Kelab ini sebagai salah satu strategi Kelab untuk memantap dan mempertingkatkan penyampaian maklumat kepada ahli.

Laman web kami telah mengorak langkah kehadapan seiring dengan teknologi web yang senantiasa berkembang dengan menyediakan informasi sukan dan rekreasi Universiti. Selain daripada itu, kalangan bukan ahli juga dapat mengenali dan memahami fungsi Kelab dalam mempertingkatkan lagi mutu dan pencapaian sukan dan rekreasi di Universiti.

Akhir kata, saya berharap semoga maklumat-maklumat dan data yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli-ahli tetapi semua pihak.

Hanafi b. Junit

Presiden

Kelab Sukan dan Rekreasi Canselori



No comments: