Monday, March 17, 2008

  • Sukan dan rekreasi merupakan satu riadah ke arah pembentukan keperibadian staf yang sihat. Di atas kesedaran ini, maka satu perbincangan telah diadakan bagi menubuhkan Kelab Sukan dan Rekreasi Canselori Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan matlamat meningkatkan tahap kecemerlangan kakitangan Universiti serta melahirkan lebih ramai atlit yang berkemahiran dalam pelbagai jenis sukan. Sukan adalah penting bagi semua warga Universiti kerana ia menjadi sumber pembaikpulih tenaga dan minda selepas kita melakukan banyak aktiviti yang melibatkan pemikiran. Kata ahli fikir barat " If you are physically tired you need a mental exercise and if you are mentally tired you need a physical exercise".
  • Pada mula ditubuhkan, bilangan ahli adalah seramai 20 orang. Terdapat 3 peringkat dalam aktiviti kelab. Pertama adalah latihan, kedua adalah perlawanan persahabatan dan ketiga adalah perlawanan sebenar. Ini bagi memastikan pemain-pemain lebih didedahkan kepada kemahiran teori dan pertandingan di peringkat dalaman dan luar. Jumlah ahli semakin bertambah disebabkan terdapat banyak sukan dan rekreasi yang boleh diceburi. Ini mungkin disebabkan oleh minat kakitangan Universiti khususnya dalam mempelajari sukan futsal yang dianggap amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Antara sukan lain adalah badminton, bowling, sepaktakraw, tenis, ping-pong dan rekreasi.

No comments: