Monday, March 17, 2008

  1. Untuk menggalakkan penggunaan kemudahan dan peralatan sukan UPSI di luar dan di dalam serta menggalakkan kegiatan-kegiatan riadah, kesukanan dan kecerdasan di kalangan ahli.
  2. Untuk memupuk tali persaudaraan yang rapat di antara ahli dengan ahli-ahli pertubuhan sosial dan kesukanan berdaftar yang lain.
  3. Mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan rekreasi.
  4. Melahirkan ahli yang sihat dari aspek rohani dan jasmani berasaskan norma-norma yang murni.
  5. Menjadikan ahli sentiasa berdaya saing untuk kemajuan dalam aktiviti anjuran kelab.
  6. Mengelakkan terjerumus ke aktiviti yang kurang sihat di kalangan ahli.
  7. Melahirkan ahli-ahli yang boleh mewakili jabatan dan juga universiti dalam setiap sukan yang dianjurkan.
  8. Universiti tidak akan ada masalah kekurangan atlit. Sukan adalah penting bagi semua warga Universiti kerana dapat meningkatkan lagi nama Universiti bukan sahaja dari segi Akademik tetapi dikenali juga sebagai Universiti yang cergas dalam melahirkan atlit yang mengharumkan nama Universiti.

No comments: